Perjalanan Kehidupan

Hidup adalah perjalanan sementara yang penuh dengan pelbagai cabaran, dugaan, keindahan yang juga sementara. Semua manusia mengejar harta, kuasa, wanita, kejayaan dan sebagainya. akan tetapi apa yang dikejar adalah nikmat. Nikmat yang Allah kurniakan untuk makhluknya yang Allah kehendaki.

Friday, March 21, 2014

PERJANJIAN PERKHIDMATAN SKIM PERKHIDMATAN SINGKAT CONTRACT FOR SERVICE

PERJANJIAN PERKHIDMATAN SKIM PERKHIDMATAN SINGKAT
CONTRACT FOR SERVICE

Perjanjian ini diperbuat pada ______________hari bulan __________ tahun 2011


DIANTARA


KERAJAAN MALAYSIA (“Kerajaan”) sebagai satu pihak dan bagi maksud Perjanjian ini diwakili oleh ____________________________________(Kementerian/Jabatan yang diberi penurunan kuasa oleh KSP)__________________________________yang beralamat di ______________________________________________________________________________________________________.



Dan

SUKRON A/P SURONTEH ,NO KP : 5668926-26-2589 yang beralamat No 55, Jalan Kajang Mewah 23, Taman Kajang Mewah, 43000 Kajang. (“Pekerja”) sebagai pihak yang satu lagi.

(Kerajaan dan Pekerja boleh dirujuk secara berasingan sebagai 'Pihak' atau bersesama sebagai 'Pihak-Pihak').

BAHAWASANYA:

Kerajaan berhasrat untuk melantik Pekerja untuk berkhidmat sebagai Pegawai Penyelidik untuk di tempatkan di Kementerian Sesukahati dimana pegawai akan ditempatkan di Pejabat Sesukahati dan Pekerja bersetuju berkhidmat di bawah kontrak itu tertakluk kepada terma dan syarat perkhidmatan Contract For Service yang dinyatakan dalam Perjanjian ini.


MAKA DENGAN INI ADALAH DI PERSETUJUI SEPERTI BERIKUT:

1. Tafsiran.
Dalam Perjanjian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain. “Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan termasuklah (contohnya: Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri / Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia.

2. Skop Pemberian perkhidmatan dan bayaran.

2.1 Pekerja adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa tugasan yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan atau Kementerian / Jabatan, mengikut keperluan Kerajaan atau Kementerian/Jabatan tersebut.

2.2 Sebagai balasan kepada Fasal 7,8 dan 9 Perjanjian ini, Kerajaan bersetuju untuk membayar perkhidmatan Pekerja mengikut jumlah bayaran dan mengikut terma dan syarat seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran pelantikan secara Contract For Service sebagai Pegawai Penyelidik.

3. Tempoh Perkhidmatan

3.1 Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam Perjanjian ini, tempoh perkhidmatan Pekerja adalah untuk tempoh setahun mulai dari tarikh Pegawai melaporkan diri.

3.2 Perjanjian ini hendaklah disifatkan mula berkuat kuasa pada tarikh Pekerja melaporkan diri bertugas.

4. Pegawai Penyelia

4.1 Kerajaan boleh melantik atau mengarahkan Kementerian/Jabatan untuk melantik seorang atau lebih Pegawai Penyelia bagi maksud pengawasan pelaksanaan Perjanjian ini serta membuat pengesahan bahawa pelaksanaan tugas telah dijalankan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian/Jabatan mengikut subfasal 2.1 Perjanjian.

4.2 Pelantikan Pegawai Penyelia itu boleh ditentukan oleh Kementerian/Jabatan mengikut keperluan dan kesesuaiannya.

4.3 Pegawai Penyelia mempunyai hak pada bila–bila masa untuk memeriksa, menyelia, meneliti dan memberi arahan yang perlu mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh Pekerja sebagaimana yang ditetapkan mengikut Subfasal 2.1 Perjanjian.

5. Tanggungjawab Pekerja.

Pekerja hendaklah:

(a) mematuhi arahan penempatan di mana-mana sahaja tempat di Malaysia yang di
tentukan oleh Kerajaan;

(b) melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan kepadanya oleh Kerajaan dan apa-apa kewajipan lain yang diarahkan oleh kerajaan;

(c ) melaksanakan apa-apa arahan atau tugas yang ditetapkan oleh Kementerian / Jabatan atau mana-mana Pegawai Penyelia dan pekerja tidak boleh melaksanakan tugasan lain melainkan dibenarkan oleh Kementerian/Jabatan atau mana-mana Pegawai Penyelia;

(d) menumpukan segala masa dan perhatian kepada tugas yang diberikan dan berusaha sedaya upaya untuk menjaga kepentingan dan nama baik kerajaan;

(e) pada setiap masa, sama ada dalam atau selepas Tempoh Perkhidmatan, menjaga kerahsiaan dan tidak membocor apa-apa maklumat berkenaan dengan hal-ehwal Kerajaan kepada sesiapa juga yang tidak diberi kebenaran menerimanya;

(f) tidak boleh, sama ada secara langsung atau tidak, mengambil bahagian atau bekerja dalam apa–apa juga perkhidmatan pun atau urusan yang lain, ataupun menerima apa-apa komisyen atau bayaran tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada Kerajaan.

(g) menurut dan menjalankan, setakat mana ia boleh dipakai dan tidak bertentangan dengan Perintah Am, Arahan Kewangan atau lain-lain Peraturan Perkhidmatan Awam yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa ; dan

(h) menandatangani borang berkenaan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972.

6. Tanggungjawab Kerajaan.

Kerajaan hendaklah dalam Tempoh Perkhidmatan itu:

(a) membayar kepada Pekerja bayaran perkhidmatan mengikut kadar yang ditetapkan dalam Surat Tawaran Pelantikan secara Contract For Service sebagai Pegawai Penyelidik.

(b) membayar kepada Pekerja apa-apa tuntutan berbentuk kemudahan yang layak diterima oleh Pekerja seperti ditetapkan dalam syarat perkhidmatan lantikan Contract For Service sebagai Pegawai Penyelidik.

(c) memberi kepada Pekerja pelepasan daripada bertugas bagi suatu tempoh tertentu tertakluk kepada jumlah yang ditetapkan dalam syarat perkhidmatan lantikan Contract For Service sebagai Pegawai Penyelidik, dan

(d) memberi kepada Pekerja pelepasan daripada bertugas kerana sakit bagi suatu tempoh (dengan pembuktian sijil cuti Sakit) tertakluk kepada jumlah yang ditetapkan dalam syarat perkhidmatan tawaran Contract For Service sebagai Pegawai Penyelidik.

7. Ketidakupayaan Pekerja.

Sekiranya seseorang Pegawai Perubatan Kerajaan yang dibenarkan oleh Kerajaan untuk memeriksa Pekerja memperakukan dengan cara bertulis bahawa pada pendapatnya Pekerja tidak berupaya memberi perkhidmatan yang cekap selanjutnya kepada Kerajaan oleh sebab apa-apa kerosakan akal fikiran atau tubuh badan dan bahawa ketidakupayaannya itu disebabkan oleh kesalahan, kelalaian atau kekurangan pertimbangan (indiscreation) Pekerja itu sendiri, maka perkhidmatan Pekerja dibawah Perjanjian ini hendaklah oleh sebab itu ditamatkan oleh Kerajaan. Pekerja tidaklah selepas itu berhak mendapat apa-apa bayaran perkhidmatan dan kemudahan melainkan yang sebenarnya Pekerja berhak mendapat kerana perkhidmatannya sebelum Perjanjian ini ditamatkan di bawah fasal ini.

8. Penamatan Perjanjian oleh Kerajaan

8.1 Tanpa menjejaskan hak lain Kerajaan di bawah Perjanjian ini, Kerajaan boleh menamatkan Perjanjian ini atas sebab-sebab yang berikut :

(a) pekerja didapati melibatkan diri dan mengakses kepada maklumat terperingkat atau disyaki membocorkan rahsia Kerajaan;

(b) suatu perintah kebangkrapan telah dibuat terhadap Pekerja;

(c) membocorkan apa-apa maklumat berkenaan dengan hal ehwal kerajaan kepada sesiapa jua yang tidak berkuasa menerimanya;

(d) pekerja didapati terlibat dengan apa-apa kes jenayah atau kesalahan dadah atau didapati mempunyai rekod jenayah atau kesalahan dadah atau mempunyai rekod dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja;

(e) cuai atau enggan atau kerana apa-apa jua sebab selain sebab yang disebutkan dalam fasal 7, tidak mematuhi apa-apa perintah yang diberikan oleh seseorang pegawai Kerajaan yang berkuasa ke atasnya;

(f) pekerja telah gagal hadir bertugas pada masa dan tempat yang telah ditetapkan;

(g) perkhidmatan yang diberikan oleh Pekerja gagal/tidak mencapai standard yang ditetapkan oleh Kerajaan.

(h) dengan apa -apa jua cara berkelakuan atau tidak mematuhi syarat Tawaran Perkhidmatan Contract For Service sebagai Pegawai Penyelidik atau mana- mana peraturan perjanjian ini.

8.2 Penamatan yang dibuat di bawah Subfasal 8.1 (a),(b),(c) dan (d) adalah berkuat kuasa secara serta-merta dengan Kerajaan memberikan suatu notis bertulis kepada Pekerja.

8.3 Penamatan yang dibuat dibawah Subfasal 8.1, selain yang dinyatakan dalam Subfasal 8.2 hendaklah dibuat dengan memberikan notis bertulis selama tujuh (7) hari kepada Pekerja.

8.4 Walau apa pun peruntukan Subfasal 8.1,8.2 dan 8.3, Kerajaan boleh menamatkan perkhidmatan Pekerja pada bila-bila masa atas apa-apa sebab yang difikirkan wajar oleh Kementerian/Jabatan tanpa memberi apa-apa alasan dengan memberikan tujuh (7) hari notis bertulis.

8.5 Sekiranya Kerajaan menamatkan Perkhidmatan Pekerja mengikut peruntukan Subfasal 8.2 ini, segala bayaran perkhidmatan Pekerja dan kemudahan yang layak (jika ada) di bawah Perjanjian ini hendaklah luput dan tamat dengan serta- merta.

8.6 Sekiranya Kerajaan menamatkan perkhidmatan Pekerja Mengikut peruntukan Subfasal 8.4, bayaran perkhidmatan serta kemudahan (jika ada) perlu dituntut oleh Pekerja dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh berkuat kuasanya penamatan perkhidmatan Pekerja. Apa-apa tuntutan yang dibuat selepas tempoh tersebut tidak akan dibayar oleh Kerajaan.

9. Penamatan Perjanjian oleh Pekerja

9.1 Pekerja pada bila-bila masa boleh berhenti daripada perkhidmatan dengan memberikan notis bertulis yang menjelaskan maksudnya tidak kurang dari tujuh (7) hari notis bertulis kepada Kerajaan.

9.2 Syarat dan kaedah yang dinyatakan dalam Subfasal Fasal 8.6 adalah terpakai bagi maksud bayaran perkhidmatan atau kemudahan (jika ada)

10. Latihan

Pekerja hendaklah, sekiranya didapati perlu oleh Kerajaan, menjalani latihan sebelum menjalankan tugas yang ditetapkan.

11. Pekerja bukan pegawai awam

11.1 Pekerja yang dilantik di bawah Perkhidmatan Contract For Service sebagai Pegawai Penyelidik mengikut Perjanjian ini bagi apa-apa maksud bukan merupakan seorang anggota perkhidmatan awam.

11.2 Pekerja tidak layak menggunakan perkhidmatan di bawah Perkhidmatan Contract For Service sebagai Pegawai Penyelidik ini sebagai asas untuk menyokong permohonan supaya dilantik secara tetap, sementara atau kontrak (contract of service)

11.3 Kerajaan juga tidak berkewajipan untuk melantik Pekerja ke jawatan tetap, sementara atau kontrak (contract of service) dalam perkhidmatan awam. Apa- apa permohonan bagi maksud itu perlu dibuat terus kepada Suruhanjaya atau Pihak Berkuasa Melantik berdasarkan kaedah serta peraturan yang berkuat kuasa sekiranya berhasrat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

12. Pemakaian undang-undang.

Perjanjian ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia.

13 Notis
13.1 Jika dalam melaksanakan peruntukan-peruntukan Perjanjian ini satu notis diperlukan, notis itu hendaklah diberikan secara bertulis dan dihantar secara dengan tangan atau dengan pos berdaftar atau diserahkan ke alamat seperti berikut:


Bagi pihak Kerajaan :

(Alamat penuh Kementerian/Jabatan yang akan mendatangani Perjanjian)
____________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

Dan bagi pihak Pekerja :

(Alamat surat menyurat seperti dalam surat tawaran dan setuju atau yang diberi )
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

13.2 Pekerja hendaklah memaklumkan kepada Kerajaan secara bertulis sekiranya berlaku perubahan kepada alamat Pekerja dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh perubahan itu.

13.3 Penghantaran notis ke alamat Pekerja yang diberikan mengikut fasal 13.1 atau apa-apa alamat lain dalam Subfasal 13.2 adalah disifatkan penyampaian yang sempurna bagi maksud Perjanjian ini.

14 Pindaan

Sebarang Pindaan, tambahan dan perubahan kepada Perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak;


15 Masa

Masa apabila dirujuk adalah menjadi teras kepada perjanjian ini.

16 Hal-hal lain

16.1 Kerajaan tidak akan membuat caruman untuk Pekerja kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP);

16.2 Surat Tawaran serta syarat perkhidmatan lantikan secara Contract For Service sebagai Pegawai Penyelidik hendaklah menjadi sebahagian daripada perjanjian ini.

16.3 Pekerja hanya layak mendapat bayaran perkhidmatan dan kemudahan seperti mana yang dinyatakan dalam surat tawaran , syarat perkhidmatan lantikan secara Contract For Service sebagai Pegawai Penyelidik dan surat perjanjian ini sahaja.

4.      Kos dan Perbelanjaan bagi penyempurnaan serta duti setem yang berkaitan dengan Perjanjian ini hendaklah ditanggung dan dibayar oleh Pekerja ; dan


16.5 Sekiranaya terdapat mana-mana peruntukan dalam Perjanjian ini diputuskan sebagai sah atau bertentangan dengan sebarang undang-undang dan tidak boleh dikuatkuasakan, maka kesahan peruntukan lain dalam perjanjian ini tidak akan terjejas serta akan dikuat kuasa dan dilaksanakan seterusnya.

6.      Kegagalan Kerajaan menguatkuasakan pada bila-bila masa atau untuk suatu tempoh atau lebih mana-mana syarat Perjanjian ini tidak akan menjadi penepian kepada terma dan syarat Perjanjian ini atau haknya pada bila-bila masa seterusnya untuk menguatkuasakan semua atau mana-mana terma dan syarat Perjanjian ini.

Pada menyaksikan perkara tersebut di atas, Pihak-pihak perjanjian ini telah menurunkan tandatangan dan meterai mereka masing-masing pada hari dan tahun yang tertera di atas.


Ditandatangani untuk bagi Dihadapan :
pihak kerajaan:



_____________________________ ________________________________
( ) (Saksi)
Nama :
No.KP :


Ditandatangani oleh Pegawai Dihadapan :



_________________________________ ___________________________________
( ) (Saksi)
Nama :
No.KP :





2 comments:

  1. Artikel ini sangat menarik! Untuk maklumat lebih lanjut mengenai hal-hal sumber manusia di Malaysia, anda boleh merujuk kepada hrdf claimable. Ini adalah latihan-latihan yang disediakan yang perlu diketahui oleh majikan dan pekerja.

    ReplyDelete
  2. Artikel ini memberikan penerangan yang jelas mengenai perjanjian perkhidmatan dalam skim tertentu. Memahami terma dan syarat kontrak amat penting bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat perlindungan yang sewajarnya. Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang aspek perundangan di Malaysia, boleh rujuk maklumat ini mengenai contract for service.

    ReplyDelete