Perjalanan Kehidupan

Hidup adalah perjalanan sementara yang penuh dengan pelbagai cabaran, dugaan, keindahan yang juga sementara. Semua manusia mengejar harta, kuasa, wanita, kejayaan dan sebagainya. akan tetapi apa yang dikejar adalah nikmat. Nikmat yang Allah kurniakan untuk makhluknya yang Allah kehendaki.

Tuesday, March 4, 2014

SURAT/ MEMO PERTUKARAN DALAMAN PEGAWAI

                   MEMO

                                                             BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
              KEMENTERIAN SESUKAHATI

RUJ. FAIL: KSSSJTM/9/1/3 JLD 2 ( 34)                                                                              Tarikh : 1 April 2020


Perkara


PERTUKARAN DALAMAN PEGAWAI SKIM PERKHIDMATAN SINGKAT (SPS) DI ANTARA JABATAN SESUKAHATI DAN UNIT KOMUNIKASI SESUKAHATI.

Kepada


Pegawai Skim Perkhidmatan Singkat (SPS)



Salinan kepada :

Ketua Pengarah (JSS)
Ketua (UKS)


Daripada





Tuan,

Saya dengan hormatnya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.            Dimaklumkan bahawa, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Sesukahati menerima permohonan  daripada Unit Komunikasi Sesukahati mengenai pertukaran Encik Sarivanam Ujaya (8880818-03-5114) Pegawai Skim Perkhidmatan Singkat (SPS) Gred 17, untuk bertukar dengan Encik Shahril (83330-08-6033) Pegawai Skim Perkhidmatan Singkat (SPS) dari Jabatan Sesukahati.

3.         Untuk makluman, pertukaran pegawai SPS dilakukan adalah untuk memberi peluang menimba ilmu serta pengetahuan baru dan kemahiran serta memberi pendedahan cara kerja yang berlainan mengikut jabatan bagi memberi peluang kepada para Pegawai menyesuaikan diri dengan situasi yang berbeza serta menadapat ilmu yang pelbagai.

4.         Sehubungan dengan itu, pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia  memperakukan permohonan pertukaran Pegawai Skim Perkhidmatan Singkat (SPS) tersebut.
 Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

                                              

(Encik Ujuyaaa Kukumtum)

No comments:

Post a Comment