Ruj.
Kami :
Tarikh :
Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam,
Jabatan
Perkhidmatan Awam Malaysia,
Bahagian
Saraan,
Aras 5 &
6, Blok A, Bangunan Mkn-Embassy Techzone,
No.
3200, Jalan Teknorat 2,
63000
Cyberjaya, Sepang,
Selangor
.
(u.p.
Encik Sarivanam Ujuya)
Tuan,
PERMOHONAN
KELULUSAN UNTUK MEMBAYAR ELAUN LEBIH MASA KEPADA PEGAWAI LANTIKAN
SKIM PERKHIDMATAN SINGKAT ( SPS ) BAGI GRED N17, N27 DAN N41 DI
KEMENTERIAN SESUKAHATI.
Dengan
hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita
dimaklumkan bahawa, Kementerian Sesukahati telah diperuntukan
sebanyak 68 jawatan di bawah Pakej Rangsangan Kerajaan terdiri
daripada 40 jawatan Gred 41, 4 jawatan Gred 27 dan 24 jawatan Gred
17. Kesemua jawatan yang diperuntukan telahpun dilantik di bawah
Skim Perkhidmatan Singkat (SPS) secara contract for service
untuk tempoh selama 18 bulan mulai 1 Julai 2030 hingga 31 Disember
2030.
3. Dalam hubungan ini, ketua-ketua
jabatan dimana pegawai ditempatkan memaklumkan bahawa atas keperluan
guna tenaga Skim Perkhidmatan Singkat (SPS) dalam melaksanakan tugas
harian, mereka juga diperlukan untuk melaksanakan tugas melebihi
waktu kerja yang ditetapkan atau pada hari-hari cuti am. Oleh yang
demikian, pegawai-pegawai berkenaan memohon supaya mereka dibayar
elaun lebih masa atau diberi cuti gantian di atas kerja lebih masa
yang mereka laksanakan.
4. Untuk
makluman tuan, Kementerian Sesukahati akan melaksanakan
peraturan-peraturan yang termaktub dalam terma dan syarat lantikan
yang telah ditetapkan dalam perjanjian pelantikan mereka. Oleh itu,
Kementerian Sesukahati memohon agar pihak tuan dapat memberi
pandangan dan panduan mengenai perkara ini. Bersama – sama ini, di
lampirkan contoh kerja lebih masa seperti di lampiran.
5. Terlebih
dahulu diucapkan terima kasih di atas pertimbangan dan jawapan awal
pihak tuan dalam perkara ini.
Sekian,
terima kasih.
“BERKHIDMAT
UNTUK NEGARA”
Saya
yang menurut perintah
(SARIVANAM
UJUYA)
Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia
b.p
Ketua Setiausaha Sulit
Kementerian
Sesukahati
No comments:
Post a Comment