Perjalanan Kehidupan

Hidup adalah perjalanan sementara yang penuh dengan pelbagai cabaran, dugaan, keindahan yang juga sementara. Semua manusia mengejar harta, kuasa, wanita, kejayaan dan sebagainya. akan tetapi apa yang dikejar adalah nikmat. Nikmat yang Allah kurniakan untuk makhluknya yang Allah kehendaki.

Monday, March 3, 2014

SURAT PERMOHONAN JAWATAN KOSONG


Sarivanam Ujuya
No 523, Blok 3
Kampung Sesukahati
Jalan Sesukahati
156270 Batu Cave
Selangor


KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN                                                              21 September 2020

Tuan/Puan,

PERMOHONAN JAWATAN KOSONG

Saya Sarivanam Ujaya merupakan graduan Universiti Teknologi Malaysia telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Sumber Mansia dengan CGPA 3.99 pada tahun 2030, ingin menjadi sebahagian warga kerja organisasi tuan/puan.

2. Untuk pengetahuan tuan/puan, saya mempunyai pengalaman kerja hampir dua tahun setengah di pelbagai Organisasi. Saya pernah menjadi Pegawai Sumber Manusia Mahkota Konfuisen Land Company Bukit Samerahan Laketown Resort, Brunei. Kemudian Saya ditawarkan bekerja di Kementerian Sesukahatia sebagai Pegawai Gred 41 sebagai pegawai kontrak sehingga sekarang. Dengan pengalaman yang sedia ada selari dengan apa yang dipelajari saya yakin dapat berkhidmat dengan baik di organisasi tuan /puan.

3. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon jawatan di Bahagian Sumber Manusia jika ada kekosongan jawatan bagi meneruskan kerjaya saya serta kehidupan saya. Saya juga bersedia untuk dipanggil temuduga oleh pihak tuan/puan sekiranya terdapat kekosongan untuk mengisi jawatan tersebut. Jika permohonan ini berjaya, saya bersedia menjalankan tugas pada bila-bila masa dan saya akan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Saya juga berharap pihak tuan/puan memberi peluang kepada saya untuk membuktikan kebolehan saya.

4. Bersama-sama ini saya lampirkan RESUME yang lengkap untuk rujukan pihak tuan/puan. Semoga permohonan ini mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada pihak tuan/puan. Pihak tuan/puan boleh hubungi saya pada bila-bila masa sahaja di talian 01940000000 atau emel saya sarivanamujaya@gmail.com.

Sekian terima kasih.


Yang benar



SARIVANAM UJAYA
x

No comments:

Post a Comment