BAHAGIAN
SUMBER MANUSIA
KEMENTERIAN
SESUKAHATI
MEMO
Rujukan Fail Kami : KKK/BSM/5012-5/6 JLD 2
|
Tarikh : 90 Januari
2024
|
||
Perkara
|
KURSUS KEKUATAN FIZIKAL
|
||
Kepada
|
Seperti
di ‘Lampiran A‘
|
Salinan
kepada :
YBhg. Dato’ KSU
YBhg. Dato’ TKSU (O)
SUB (
)
|
|
Daripada
|
Peg. Sesukahati
Aku
|
||
YBhg.
Dato’ Seri/Dato’/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,
Dengan
hormatnya saya merujuk perkara yang tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Cawangan Pembangunan Sumber Manusia, akan
menganjurkan Kursus Kekuatan Fizikal
kepada pegawai dan kakitangan kementerian serta Jabatan/ Agensi di bawah
Kementerian Sesukahati. Kursus ini bertujuan untuk memantapkan kebolehan peserta
dalam penggunaan kekuatan fizikal dengan lebih berkesan. Kursus tersebut akan
diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 15
Februari 2024 (Rabu)
Masa :
8.30 pagi – 4.30 petang
Tempat :
Dewan Serbaguna Mahligai.
3. Sehubungan itu, dipohon
kerjasama YBhg. Dato’ Seri/Dato’/ YBrs. Dr./ Tuan/ Puan memberi
pelepasan kepada pegawai-pegawai seperti di lampiran A untuk menghadiri kursus
tersebut. Bersama-sama ini disertakan sesalinan aturcara kursus tersebut untuk
rujukan dan maklumat selanjutnya program tersebut seperti di lampiran B.
4. Sebarang
pertanyaan mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Sarivanam Ujaya di talian 03-8000000 atau emel sarivanamujaya@yahoo.com. Kerjasama
dan perhatian YBhg. Dato’ Seri/Dato’/
YBrs. Dr./ Tuan/ Puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai.
Sekian,
terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
SARIVANAM MALAKAPATAIYA
No comments:
Post a Comment