Lampiran A1
SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN
SUKRON A/P SUKRONTEH
YANG DILANTIK SECARA CONTRACT FOR SERVICE SEBAGAI
SETIAUSAHA MAJLIS PERTANDINGAN POLITIK (MPP) DI KEMENTERIAN SESUKAHATI AKU LAH
1. Perkhidmatan :
Contract For Service sebagai Setiausaha Majlis Pertandingan Politik.
2. Tempoh : Untuk tempoh setahun mulai tarikh
melaporkan diri
Perkhidmatan bertugas.
3. Bayaran : Bayaran Perkhidmatan adalah seperti
yang ditetapkan
Perkhidmatan dalam surat tawaran.
4. Kelayakan Tuntutan : (a) Sekiranya tuan diarah
menjalankan tugas rasmi di luar
(”Kemudahan”) pejabat layak untuk membuat tuntutan
bagi kemudahan
berikut:
Bil
|
Kemudahan
|
1
|
Sewa Hotel
|
2
|
Lojing
|
3
|
Elaun Makan
|
4
|
Elaun Harian
|
5
|
Perjalanan Kenderaan
|
6
|
Pengangkutan Awam
|
7
|
Kapal Terbang
|
(b) Kadar tuntutan tuan adalah bersamaan dengan
kelayakan
mengikut Pegawai Awam dalam Gred :
Gred 54
...................................
(Nyatakan Gred)
5. Waktu Bekerja : Waktu bekerja pejabat/bukan pejabat
(syif) yang
terpakai kepada Pegawai Awam.
6. Pelepasan Daripada : (a) Pelepasan Daripada Bertugas
Bertugas
Tuan adalah layak mendapat pelepasan
daripada
bertugas yang bersamaan dengan cuti
rehat yang diberikan
kepada Pegawai Awam bagi tempoh
perkhidmatan
contract for service [mengikut tempoh
yang melayakkan
secara berkadar (proportionate)]
sebanyak :
15 Hari
......................................................(setahun)
(Nyatakan Jumlah Pelepasan)
Pelepasan daripada bertugas tambahan
yang
diambil melebihi kelayakan yang
dinyatakan
di atas boleh dipertimbangkan oleh
Kerajaan,
tetapi bayaran perkhidmatan tidak akan
dibayar
untuk jumlah hari pelepasan tambahan
tersebut.
(b) Pelepasan Daripada Bertugas Kerana Sakit
Pelepasan daripada bertugas kerana
sakit (dengan mengemukakan sijil cuti sakit) tertakluk kepada jumlah maksimum 10
hari dalam tempoh kontrak.
7. Latihan : Sekiranya perlu, tuan boleh diberi
latihan sebelum melaksanakan tugas yang diberikan.
8. Pegawai
Penyelia :
(a) Kerajaan boleh melantik seorang atau lebih pegawai
(”Pegawai Penyelia”) bagi tujuan penyeliaan dan pengawasan pelaksanaan tugas
tuan.
(b) Pegawai Penyelia mempunyai hak pada bila-bila masa untuk memeriksa, menyelia,
meneliti dan memberi arahan yang perlu mengenai perkhidmatan yang diberikan
oleh tuan.
(c) Tuan hendaklah mematuhi semua
syarat dan peraturan yang diarahkan dan ditetapkan oleh Pegawai Penyelia
mengenai perlaksanaan tugas tuan kecuali dibenarkan oleh Pegawai Penyelia untuk
melakukan tugas lain.
9. Caruman Kumpulan : Kerajaan tidak akan mencarumkan ke
dalam skim KWSP.
·
Wang Simpanan
·
Pekerja (KWSP)
10. Penamatan Kontrak : (a) Kontrak boleh ditamatkan oleh
Kerajaan sekiranya :
dan Notis Penamatan
(i) tuan didapati melibatkan diri dan
mengakses
kepada maklumat terperingkat atau
disyaki
membocorkan rahsia;
- satu perintah kebangkrapan telah
dibuat terhadap tuan;
- tuan didapati terlibat dengan
apa-apa kes jenayah atau kesalahan dadah atau didapati mempunyai
rekod jenayah atau kesalahan dadah atau mempunyai rekod dikenakan tindakan
tatatertib dengan hukuman dibuang kerja;
- tidak boleh membocorkan apa-apa
maklumat berkenaan dengan hal ehwal, Kerajaan kepada sesiapa jua;
- kegagalan mematuhi apa-apa syarat
yang dinyatakan dalam surat tawaran, syarat perkhidmatan atau peruntukan
surat perjanjian; atau kepada apa-apa peraturan atau arahan lain yang
dikeluarkan;
- perkhidmatan yang diberikan
gagal/tidak mencapai standard yang ditetapkan oleh Kerajaan;
- tuan pada bila-bila masa, gagal hadir
bertugas tanpa
alasan yang munasabah pada masa dan tempat yang telah ditetapkan.
(b) Penamatan kontrak atas sebab-sebab yang dinyatakan dalam perenggan
(a) selain perenggan (a) (i), (ii),
(iii) dan (iv) di atas adalah dengan serta merta dengan memberikan satu notis
bertulis kepada Pekerja. Penamatan di bawah perenggan (a) (v), (vi) dan (vii)
boleh dibuat dengan memberikan tujuh (7) hari notis bertulis pada Pekerja.
(c) Walau apa pun perenggan (a) dan
tanpa menjejaskan keluasan maksud perenggan (b) di atas, Kerajaan
·
boleh menamatkan perkhidmatan tuan pada
·
bila-bila masa atas apa-apa sebab yang difikirkan
·
wajar oleh Kerajaan tanpa memberi apa-apa alasan
·
dengan memberikan tujuh (7) hari notis bertulis.
(d) tuan juga boleh pada bila-bila masa
berhenti daripada perkhidmatan dengan mengemukakan tidak kurang dari tujuh (7)
hari notis bertulis kepada Kerajaan.
11. Tanggungjawab : Tuan sepanjang tempoh perkhidmatan
hendaklah:
Pekerja
(a) Menjalankan kewajipan tugas yang
ditetapkan dan apa-apa kewajipan lain yang diarahkan;
- Menumpukan segala masa dan
perhatian kepada tugas dan berusaha sedaya upaya untuk menjaga kepentingan
dan nama baik Kerajaan;
(c) Menurut dan menjalankan
perintah-perintah dan arahan-arahan yang diberikan;
(d) Mematuhi dan menjalankan tanggungjawab
seperti mana yang ditetapkan oleh Kerajaan serta dalam surat perjanjian yang
ditandatangani;
(e) Skop tugas yang akan diberikan
kepada tuan akan diperincikan oleh Kerajaan atau Kementerian/Jabatan tuan
bertugas atau oleh Pegawai Penyelia.
12. Rahsia Rasmi : Tuan hendaklah mematuhi dan
menandatangani perakuan
berkenaan dengan Akta Rahsia Rasmi
1972;
13. Status Perkhidmatan : (a) Pelantikan tuan dalam Contract
For Service ini tidak
menjadikan Tuan
sebagai seorang Pegawai Awam. Pelantikan Contract For Service merupakan
pembelian kontrak Perkhidmatan daripada seseorang individu oleh Kerajaan;
(b) Tuan tidak layak menggunakan perkhidmatan ini sebagai asas untuk
menyokong permohonan supaya dilantik secara tetap, sementara atau kontrak (contract
for service);
(c) Kerajaan juga tidak mempunyai kewajipan dan komitmen untuk melantik
tuan ke jawatan tetap sementara atau kontrak (contract for service)
dalam perkhidmatan awam. Apa-apa permohonan bagi maksud itu perlu dibuat terus
kepada Suruhanjaya dan Pihak Berkuasa Melantik berdasarkan kaedah serta
peraturan yang berkuat kuasa sekiranya berhasrat untuk berkhidmatan dalam
perkhidmatan awam.
14. Pemakaian : Tuan hendaklah mematuhi segala undang-undang Undang-undang
Malaysia atau apa-apa arahan atau pekeliling yang dikeluarkan oleh Kerajaan.
15. Hal-hal lain :
(a) Tuan tidak layak kepada apa-apa
elaun, kemudahan cuti, rawatan perubatan atau apa-apa kemudahan lain yang
diberikan kepada pegawai awam, selain apa yang dinyatakan dalam surat tawaran
serta syarat-syarat perkhidmatan sahaja;
(b) Tuan tidak layak untuk memohon
supaya diberi tugas baru selain apa
yang ditetapkan oleh Kerajaan atau oleh Kementerian/Jabatan di mana tuan
bertugas;
(c) Bagi tujuan perkhidmatan ini, satu
perjanjian perlu ditandatangani di antara Kerajaan
dengan pekerja.
Perbincangan mengenai syarat-syarat perkhidmatan secara kontrak ini sangat informatif! Memahami perbezaan antara kontrak pekerjaan dan perkhidmatan sangat penting bagi majikan dan pekerja bebas. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai aspek undang-undang di Malaysia, boleh rujuk sumber ini tentang contract for service.
ReplyDelete